Pantun |
Sumber |
Tema |
Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dipandang besarnya bulan, Tidak berapi dalam pelita; Kalau dikenang kebesaran Tuhan, Tiada erti alam semesta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut berapi nyalanya marak; Takut bukan sebarang takut, Takut ke bini kerana bengak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak orang pergi menebas, Perbara tidak berapi lagi; Sejak terpasang gigi emas, Tertawa tidak terhenti lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Awas-awas memilih suluh, Salah pilih tiada berapi; Awas-awas memilih jodoh, Salah pilih payah diganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan menampi-nampi kacang, Kalau ditampi busuk buahnya; Jangan mengapi-ngapikan orang, Kalau berapi buruk padahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi |
|
Puisi |
---|
|
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 132 Between a rock and a hard place Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|