Pantun |
Sumber |
Tema |
Lantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila itik beranak dua, Tentu selalu di dekat kandang; Bila adik tidak setia, Tentulah malu melihat abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak beranak ungka di darat, Banyaklah timbul batang benta; Kalau tak tegak pemuka adat, Banyaklah timbul silang sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Setaung anak -beranak, Tampak merah bulu sayapnya; Mintak ampun pada nan banyak, Banyak nan salah dengan silapnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak |
|
Puisi |
---|
|
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 104 Don't count your chickens before they are hatches Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Belum beranak sudah ditimang Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|