Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Duduk berdua di tikar pandan, Baca jawi baca rumi; Tuan berada di planet bulan, Saya berada di planet bumi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga puan karangan terbaru, Puan berisi bunga melati; Tuan berada di langit biru, Saya memancing di sungai hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada |
|
Puisi |
---|
|
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 132 Between a rock and a hard place Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|