Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana kaki takkan bengkak, Terantuk kayu di tengah ladang; Bagaimana kami takkan mengelak, Baru bertemu sudah temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak ayam berkawan balam, Mata bengkak hingus meleleh; Awak hitam berjalan malam, Manakan nampak hamba memilih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sakit kaki jangan diurut, Bila diurut bertambah bengkak; Sakit hati jangan diturut, Bila diturut kita berlantak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Wangilah kelopak bunga melati, Sesudah gugur baru dipangkas; Hati bengkak dihina bini, Sesudah tidur baru dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang emas menguning, Yang perak memutih; Yang culas terguling, Yang bengkak tertindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah masak rambai nan manis, Tidak boleh nan muda lagi; Telah bengkak mata menangis, Emak tak dapat bersua lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah nangka kulit berduri, Sudah masak rasanya manis; Patah cinta·sakitlah hati, Mata bengkak kerana menangis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |