Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Nan galah tetap galah, Nan akar tetaplah akar; Nan salah tetaplah salah, Nan benar tetaplah benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Baik benar orang belayar, Dapat berjalan ke negeri jauh; Adik sabar abang pun sabar, Lambat-laun tentu berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau benar janganlah tidak, Hendak mengail jauh ke darat; Kalau tidak kerana kehendak, Janganlah saya jadi melarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak benar ikan di laut, Dualah ekor di tapak dulang; Banyak benar malaikat maut, Di dalam kubur rasa nak pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Orang beradat katanya benar, Pantang sekali bercabang lidah; Membuang adat balanya besar, Petang dan pagi orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar; |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki.
Lihat selanjutnya... |
|