Pantun |
Sumber |
Tema |
Kayu belukar banyak sesapnya, Mati belukar tandanya layu; Kayu terbakar nampak asapnya, Hati terbakar siapa yang tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang belukar menjadi ladang, Di sinilah dia mahu bekerja; Orang sabar hati penyayang, Binilah tua dipangkunya jua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pulau Belukar batang gelugur, Ambil galah pelepah jantung; Bentang tikar tempat tidur, Baik abang kira pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh lalang menjadi belukar, Semut pun suka membuat sarang; Sungguh malang jadi pembesar, Kentutnya saja diributkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon selasih pohon kurma, Pulau belukar batang gelugur; Kita berkasih sudah lama, Bentang tikar tempat tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|