Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat Melayu memantangkan malas, Orang pemalas hidup sengsara; Kuat membantu orang kan belas, Orang belas banyaklah saudara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Dua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dua belas pantun berkarang, Pantun Melayu anak Semarang; Kami laksana kain yang jarang, Dijual tidak dibeli orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lima belas bulan purnama, Embun sudah di daun padi; Kalau sudah sebut nama, Berasyik rindu di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas |
|
Puisi |
---|
|
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
Lihat selanjutnya... |
|