Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang tinggal biarlah tinggal, Supaya dapat ditinggal pergi; Orang bebal biarlah bebal, Supaya dapat dijual beli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dari kapal mencari air, Buat bertanak bekal pulang; Laki bebal bini pun pandir, Dapat anak bingung alang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana lotong takkan berang, Anak ditinggal jatuh berdebin; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak bebal menjadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |