Pantun |
Sumber |
Tema |
Kain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Asiah membelah kelapa, Masak sembilang dikata tenggiri; Rindu susah bayang siapa, Bayang tak bayang hati sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Gamat berkain bali, Sayang teduh bayang siapa; Selamat tuan pergi, Saya di rumah tidak mengapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Katil dihias kain kapas, Kain nipis berbayang-bayang; Dalam tangan lagi terlepas, Inikan pula berkasih sayang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pasir putih Pasir Linggi, Tempat abang bermain bayang; Adik putih mahligai hati, Di situ tempat abang sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Main layang-layang, Main sampai petang; Takut pada bayang, Lari lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Guruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang |
|
Puisi |
---|
|
Kain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 110 Don't count your chickens before they are hatches Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Bayang-bayang disangka tubuh Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah bayang-bayang disangka tubuh. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|