Pantun |
Sumber |
Tema |
Basah kuyup orang bersampan. Muka pucat badan pun letih; Susah hidup abang tahankan, Mengapa takut memadu kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Basah kuyup orang di laut, Hujan deras ornbak melanda; Sudah cukup abang menurut, Adik berkeras habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Basah kuyup orang di sawah, Sedari pagi hujan berderai; Sudah cukup abang mengalah, Habis kasih badan bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Basah kuyup orang di pasar, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah cukup abang bersabar, Mengapa puan masih merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa basah jalan ke padang, Kerana hujan terlalu lebat; Mengapa susah fikirkan abang, Kerana puan malu mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah |
|
Puisi |
---|
|
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 453 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Mati-mati mandi biar basah I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati mandi biar basah. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|