Pantun |
Sumber |
Tema |
Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Sebut budak bapa budak, Pandir datang tumpang bermalam; Ribut tidak angin pun tidak, Air berkocak di dalam kolam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu ke ibu bapa, Pantang sekali bercakap kasar; Adat berguru mau disapa, Berlapang hati bersikap benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Biji-biji saga, Jatuh dua tiga; Apa nak dikata, Bapa sudah gila. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa |
|
Peribahasa |
---|
| 177 As is the father so is the son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bapa borek anaknya tentu rintik She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|