Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak bantuan dibawa MERPATI, Doktor Haryati ketua rombingan; Sukarelawan datang silih berganti, Datang merawat mangsa kemalangan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Askar berkawal di Kem Sematan, Tempat tahanan ribuan PATI, Bantuan diberi meringankan bebanan, Menghilang sedih pilu di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Lima enam tujuh lapan, Masak lemak ikan tenggiri; Aceh mengharap segala bantuan, Rakyat Malaysia segera memberi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Patah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kepayang dijemur dibalik-balikkan, Cendawan putih sedap dimakan; Yang buta huruf dicelik-celikkan, Bantuan pelajaran Kerajaan sediakan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Jika berulam buah pedada, Mari duduk di tikar mengkuang; Jika ilmu penuh di dada, Beri bantuan rela menyumbang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan |
|
Peribahasa |
---|
| 613 One good turn deserves another Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). Syariat palu memalu, hakikat balas membalas. ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|