Pantun |
Sumber |
Tema |
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bangsal ikan pari, Tumbuh rumput lalang, Senang hati isteri, Ada anak cemerlang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Makan dalam bangsal, Makan selepas zuhur; Baru timbul kesal, Nasi jadi bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Lauk ikan sembilang, Makan dalam bangsal; Mata berbintang-bintang, baru timbul kesal. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Laju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsal |
|
Puisi |
---|
|
Bangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 171 Easier said than done Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah. Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah "I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted. ''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|