Pantun |
Sumber |
Tema |
Bangkit pagi mencari kayu, Untuk pemasak nasi di dapur; Sakitnya hati lama menunggu, Nafas sesak hati pun hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangkit pagi rebus ketupat, Taruh makan sehari sebiji; Saya nak balik jangan mengumpat, Minta sebut sehari sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah kecil tiangnya empat, Bangkit pagi merebus ketupat; Pecah tempurung katak melompat, Barulah tahu timur dan barat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jangan suka mandi berendam, Lama-lama tak dapat bangkit; Jangan suka hati berendam, Lama-lama jadi penyakit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebat menyengat rasanya sakit; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah semangat payahlah bangkit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |