Pantun |
Sumber |
Tema |
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul ketiding nampaknya besar, Diisi segantang manakan penuh; Kupikul kasih dada terbakar, Hendak dibuang hatiku luluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul pembenih orang berladang, Walaupun kecil besar ertinya; Kupikul kasih menjadi hutang, Haram tak ada terima kasihnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil bakul isi buah, Kasi makan orang di Deli; Sepuluh kali pancing bertuah, Ikan tidak serahkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menyukat.padi di bakul, Banyak semut datang mendekat; Dinda berangkat hatiku masyghul, Hendak ikut dilarang adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul |
|
Puisi |
---|
|
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 60 Blow your own trumpet Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri "I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|