Pantun |
Sumber |
Tema |
Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagai laut tidak bertepi, Bagai rembang di tengah hari; Dalam sekam ada api, Dalam daging ada duri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kurus tubuh bagai melayang, Kurus menagih rasa simpati; Kusimpan kasih kusimpan sayang, Kusimpan dalam lipatan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Terang bulan bagai dibasuh, Sampai sekarang terang juga; Terkenang sekali pernah jatuh, Sampai sekarang tergamang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan bagai diukir, Pinang sendawa dari Makasar; Kalau saya setianya mungkir, Tuntut dakwa di Padang Mahsyar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai |
|
Puisi |
---|
|
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|