Pantun |
Sumber |
Tema |
Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila badan terasa penat, Duduk salah berdiri salah; Apabila iman tiada kuat, Menengok harta tidak berbelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Beratlah badan akan ke ladang, Kerana takut ditimpa kayu; Kuingat tuan pagi dan petang, Fikiran kusut tiada menentu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh betung badan beruas, Batang beratur duri berduri; Sungguh beruntung orang pemalas, Senang tidur meninggi hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ulat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan |
|
Puisi |
---|
|
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 131 Strech your arm no further than your slave will reach Berbelanjalah mengikut kemampuan Ukur baju di badan sendiri We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and strech your arm no further than your slave will reach . Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|