Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hampalah padi ditiup badai, Rasanya letih sendi anggota; Hampalah hati hidup meradai, Kerana kekasih jauh di mata. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat jantan gagah berani, Tiada takut melawan badai; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana kusut akan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |