Pantun |
Sumber |
Tema |
Mas Ayu Citra Wanita, Avon Mestika bedak puteri; Seru kepada rakyat jelata, Pasti ada jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayu |
|
|