Pantun |
Sumber |
Tema |
Awal Muharam Maal Hijrah, Akhir tahun bulan Zulhijah; Awl bismillah kuucap takziah, Takdirnya Tsunami kudrat Allah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Awal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Basuh baju di awal pagi, Hendak cepat pergi ke Hulu; Wahai pemburu ke mana pergi, Hutan luas kijang tak lalu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kata itu kata berbilang, Bilang awal sampai ke hujung; Hina bangsa tiada berundang, Terbuang akal meragai untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal |
|
Puisi |
---|
|
Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 169 The early bird catches the worm Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan Siapa cepat dia dapat There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed. Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|