Pantun |
Sumber |
Tema |
Asal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Asal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biarlah gelap api didusun, Asal berdentang bunyi gelita; Biarlah kami mati diracun, Asal bertentang sudut mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal |
|
Puisi |
---|
|
Asal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 239 Old habits die hard Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah. Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard. Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|