Pantun |
Sumber |
Tema |
Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tuan pergi ke laut, Saya berkirim api-api; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata api |
|
Puisi |
---|
|
Api-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 467 Don't play with fire Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. Jangan bermain api The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them. Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|