Pantun |
Sumber |
Tema |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Orang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; Antara tiga sanggul melintang, Mana satu janda berhias. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Angin berdengung Laut Belanda, Singgah berlabuh hujung Tanjung; Antara belum porak peranda, Turun layar baik berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara. |
|
Puisi |
---|
|
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 306 Let bygones be bygones Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|