Pantun |
Sumber |
Tema |
Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dua ratus bilangan angka, Banyaknya habis hingga seribu; Cintaku putus hilanglah muka, Hendak menangis terasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka |
|
|