Pantun |
Sumber |
Tema |
Angin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin barat ombaknya besar, Mahu ke laut berhati-hati; lngin selamat banyak belajar, Ilmu dituntut bekal dicari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin bertiup semakin kencang, Kapal belayar dilanda badai; lngin ku hidup bersama abang, Sayangnya kasih tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin |
|
Puisi |
---|
|
Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 535 No smoke without fire Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap Kalau tiada api, masakan ada asap The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned. Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|