Pantun |
Sumber |
Tema |
Sri Aman ke Kuala Baram, Singgah sebentar di Pekan Marudi; Hidup aman lagi tenteram, Jika hidup berbahasa berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masjid Abdulrahman indah berseri, Pulau Aman Pantai Maimi; Masjid Baiturrahman tegak berdiri, Walau dilanda ombak Tsunami. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pergi ke seberang Kampung Surabaya, Jangan lupa minum secawan; Jika hidup aman bahagia, Jangan lupa langit berawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalau memakai kain pelekat, Dibawa berjalan dapat selesa; Kalau pandai memimpin umat, Negara aman rakyat sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |