Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amalan |
|
Peribahasa |
---|
| 239 Old habits die hard Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah. Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard. Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|