Pantun |
Sumber |
Tema |
Alam berkasih seindah bunga, Harum kasturi bunga kenanga; Allah kasih kepada hamba-Nya, Petaka Tsunami kebesaran-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Daun birah selebar alam, Tanam timun dalam jerelung; Sudah pecah serata alam, Segala semut sejenak jerung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah terhimpun di alam berzakh, Menunggu saat untuk dihisab; Sudah dapat segolong ijazah, Tak pandai jawi apakah sebab? | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada satu Putera Alam, Duduk berkira siang malam; Sungguh jernih air di kolam, Tunggul buruk ada di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gabak di hulu tandakan hujan, Alam yang luas menjadi sepi; Hendak kutunggu binasa badan, Hendak dilepas tak sampai hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |