Pantun |
Sumber |
Tema |
Petang-petang alah peraga, Masak susu linggang-linggang; Petang-petang abang ada, Katup pintu renggang-renggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak undan mandi di sumur, Tertempuh minyak si anjalai; Alah nampak pandan terjemur, Adik terkenang dibangkalai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alah |
|
Puisi |
---|
|
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.
Lihat selanjutnya... |
|