Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat sedapur sesama akur, Adat sepinggan sesama makan; Adat akur jangan takbur, Adat makan jangan menghabiskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat hidupnya akur, Dengan saudara seminum semakan; Membuang adat negeri hancur, Hidup sengsara makan-memakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Alangkah elok si bunga melur, Baunya harum menyejukkan hati; Memanglah elok bersaudara akur, Semakan seminum sehidup semati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gulai lemak atau sempedas, Cukup seukur dengan rempahnya; Damai dunia bala pun lepas, Hidup akur dengan tuahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Elok manis tutur katanya; Adat berjalan tuah mengikut, Duduk di majlis akur semuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |