Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanda adat bersendi syarak, Syarak menyebut adat memakai; Tanda umat berbudi akhlak, Akhlak patut dilihat ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat memegang adat, Di mana duduk akhlak senonoh; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak bermusuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak dipuji orang, Dipuji pula orang tuanya; Elok akhlak berhati lapang, Budi mulia senang hidupnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak elok ayahnya, Tentu elok pula ibunya; Elok akhlak elok bawanya, Tentu elok pula lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh; Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan laku pekerti; Elok akhlak nama terpandang, Sebarang kerja tentu menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |