Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ganda guli gulut-bergulut, Titian ini menjelang batu; Ke mana pergi akan turut, Datang ke mari kerana malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan datang |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 482 A promise is a promise Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan Kata biarlah dikota He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise. Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kata biarlah dikota. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|