Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok lilin menjadi kandil, Kandil besar membawa terang; Elok pemimpin terpuji adil, Adil dan benar adat dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Raja Adil dari seberang, Pecah perahu lalu berenang; Kalau dapat jarum berlubang, Baru senang lulusnya benang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertindak adil; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tidak mengganjil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pasang kandil dalam ribut, Budak-budak mencari lokan; Kalimah adil mudah disebut, Tapi susah hendak dilaksanakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |