Pantun |
Sumber |
Tema |
Sebut budak bapa budak, Pandir datang tumpang bermalam; Ribut tidak angin pun tidak, Air berkocak di dalam kolam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pokok malik padang seberang, Sampai tak rumput lalang berbunga; Tiada sebut hatiku sayang, Sampai sebut orang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Umbut nanas sabut kelapa, Seba guna dibuat tali; Sebut nama teringat rupa, Seni Melayu tak dijual beli. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ribu-ribu bina langkahku, Jikalah bubuk tidak bertulang; Jika rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ribu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebut |
|
Puisi |
---|
|
Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik.
Lihat selanjutnya... |
|