| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaduh; |
|
|