Pantun |
Sumber |
Tema |
Burung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Datuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Naning raja Melayu, Layar perahu patah kemudinya; Dahan berganding di pohon kayu, Saya tahu di mana condongnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |