| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Elok rumah kerana beratap, Bila beratap sejuk rasanya; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab elok bicaranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan panas; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan berkeras. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan basah; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Menghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bukan mudah orang berhelat, Siapkan makan untuk jamuan; Bukan mudah memegang adat, Beradab sopan barang kelakuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa guna membeli parang, Kalau majal tidak menelap; Apa guna menjadi orang, Kalau berbuat tidak beradab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |