Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
selayang pandang | [s«.lA.jAN pAn.dAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus. | | | |
tepong gomak | [t«.poN go.mA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau. | | | |
buah molong | [mo.loN] | | sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula. | | | |
jongkong | [dZoN.koN] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus. | | | |
bongkoh | [boN.koh] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak. | | | |
tepong kusoi | [t«.poN ku.soj] | | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi. | | | |
keromos | [k«.Äo.mos] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula dan bahan penaik yang digoreng hingga kembang. | | | |
rangin [ | [ÄA.Nin] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar. | | | |
pendaram | [p«n.dA.ÄAm] | kata nama | sejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat | | | |
bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
gelinte | [g«.lin.tE] | kata kerja | 1. menguli tepung dan sebagai supaya jadi kecil, membulat dengan menggunakan jari. | Kak dok gelinte tepong pulot nak buat buah melaka. | [kA/ do/ g«.lin.tE t«.poN pu.lot nA/ bu.wAt bu.wAh m«.lA.kA] | Kakak sedang menggentel tepung pulut untuk dibuat buah melaka. |
laik | [lAi/] | kata adjektif | halus, licin lembut (seperti, tepung, baja dan sebagainya). | Kaen sutera lebeh laik lagi dari kaen cit. | [kAen su.t«.ÒA l«.beh lAi/ lA.gi dA.Òi kAen tSit] | Kain sutera lebih halus daripada kain cita. |
kembang | [kEm.bAN] | kata nama | sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kiambang, sarang tebuan. | | | |
kasidah | [kA.si.dAh] | kata nama | sejenis penganan daripada tepung gandum dan gula yang dimasak (dikacau), disejukkan, dan dihiasi dengan bawang goreng. | | | |
kiambang | [ki.jAm.bAN] | kata nama | sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, sarang tebuan. | | | |
bunga larak | [bu.NA lA.ÒA/] | | sejenis kuih kering daripada tepung beras yang disira gula, berwarna merah muda seperti bunga larak. | | | |
apom | [A.pom] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan ibu roti dan dikukus, apum biasanya dimasukkan gula dan kadang-kadang bersantan. | | | |
apam | [A.pAm] | kata nama | sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis). | | | |
sarang tebuan | [sA.ÒAN t«.bu.wAn] | | sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, kiambang. | | | |
dada ayam | [dA.dA A.jAm] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras jawi, gula, santan didadar dalam kuali dan dihias dengan bertih, dimakan dengan kuah lemak manis. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kambu | [kAm.bu] | kata nama | tepung yang dibuat daripada beras goreng untuk ditabur pada kuih tertentu agar berbau wangi dan enak rasanya. | | | |
lopak tike | [l.pA/ ti.kE] | | sejenis kuih daripada tepung beras, pulut yang dimasak dan dimakan bersama-sama kuah santan dan gula melaka. | | | |
leik | [lE/.i/] | kata adjektif | terlalu hancur, terlalu lumat (seperti tepung), terlalu lembik (tentang adunan). | Berah hok diyo kisa tu, lekik molek. | [b«.ÄAh h/ di.j ki.sA tu lE/.i/ m.lE/] | Beras yang dia kisar tu terlalu hancur. |
lakse | [lA/.sE] | kata nama | sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada. | | | |
ladu | [lA.du] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, lada hitam dan gula. | | | |
gomok | [g.m/] | kata nama | 1. sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa serta berbentuk bulat. | Woh gomok diyo pecoh lepah keno tepoh lori. | [wh g.m/ di.j p«.tSh l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi] | Tempurung lutut dia pecah selepas dilanggar lori. |
glebong boyo | [gl«.boN b.j] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras pulut, kelapa dan gula. | | | |
bute nako | [bu.te nA.k] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut (berbentuk biji nangka), dimasak bersama santan, halba dan gula melaka. | | | |
sema | [sE.mA] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada gula dan tepung gandum. | | | |
akok | [A.k/] | kata nama | sejenis kuih bakar yang dibuat daripada telur, tepung gandum, gula dan dibakar di dalam acuan. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
kue genggang | [kue gEN.gAN] | | sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis. | | | |
tebak | [t«.bA/] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula. | | | |
telinge batak | [t«.li.N« bA.tA/] | | sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling. | | | |
lepat sagu | [l«.pAt sA.gu] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus. | | | |
kue kereng | [kueh k«.ÄeN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira. | | | |
bubur semaian | [bu.buÄ s«.mAj.jAn] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan yang dikacau sehingga pekat dan dicampurkan gula merah. | | | |
jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
kue periye] | [kue p«.Äi.j«] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku. | | | |
lense | [len.sE] | kata kerja | memasak makanan dengan meratakannya supaya menjadi nipis contohnya lempeng, telur dan lain-lain. | Kau lense aje tepong tu buat lempeng! | [kAw len.sE A.dZ« t«.poN tu bu.wAt lem.peN] | Engkau lense sahaja tepung itu untuk dibuat lempeng! |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
tepong ganso | [t«.poN gAn.s] | | tepung beras. | | | |
penganan luwe | [p«.NA.nAn lu.w«] | | penganan daripada campuran tepung beras goreng, santan, telur dan dimasak menggunakan acuan. | | | |
penganan cincen | [p«.NA.nAn tSin.tSen] | | penganan daripada campuran tepung beras, gula, santan, seterusnya diuli dan dicelup dengan telur dan digoreng. | | | |
kue senyum | [ku.wE s«.øum] | | sagon yang dibuat daripada tepung gandum, kelapa dan gula. | | | |
penganan cencen | [p«.NA.nAn tSen.tSen] | | sejenis kuih daripada campuran tepung beras dan gula melaka yang digoreng. | | | |
buoh sepang | [bu.wh s«.pAN] | | penganan yang dibuat daripada tepung pulut yang dicampurkan dengan santan dan berintikan kelapa, ia dimasak dengan cara mengaturnya di atas daun pisang dan dikukus. | | | |
kue telipok | [ku.we t«.li.po/] | | penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus. | | | |
roti orang mati | [Ä.ti .ÄAN mA.ti] | | sejenis roti dibuat daripada campuran tepung gandum, telor dan rempah kari yang diuli dibentuk seperti roti canai dan digoreng, biasanya dihidangkan pada majlis tahlil. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kue bakaq | [kue bA.kA)Ö] | | sejenis kuih kering daripada tepung ubi, tepung gandum, santan, telur, dan gula dan dibakar, kuih bangkit. | | | |
tepung torak | [t«.poN to.ÒA] | | sejenis kuih yang dibungkus dengan daun pisang dan diikat kedua hujung, dibuat daripada tepung beras, santan dan gula dan dikukus | | | |
beka | [bE.kA] | kata nama | kuih daripada tepung beras dan santan, manakala intinya daripada adunan tepung beras dan gula. Adunan ini dibungkus dengan daun pisang seperti lepat dan dibakar. | | | |
gedong cak | [g«.doN tSA/] | | kuih daripada adunan tepung pulut, gula merah dan kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun nipah dan dibakar. | | | |
tempek | [tEm.pE/] | kata nama | kuih dadar, biasanya daripada tepung gandum, air dan garam. Adakalanya ditambah dengan pisang atau kelapa. | | | |
onde-onde | [on.dE.on.dE] | kata nama | 1. kuih daripada tepung pulut atau ubi keledek, intinya daripada kelapa atau kacang hijau dan bergula, bersalut bijan dan digoreng (kuih bom) | | | |
lempiang bakaq | [lEm.pi.jAN bA.kA)Ö] | | sejenis kuih daripada pisang yang diramas dengan tepung gandum dan gula. Bancuhan ini dileperkan di atas daun pisang dan ditutup dengan daun pisang lalu dibakar. | | | |
kandasturi | [kAn.dAs.tu.Òi] | kata nama | kuih daripada kacang hijau yang dimasak, dikepal, dicelup tepung dan digoreng. | | | |
perenin | [p«.Ò«.nin] | kata kerja | memisahkan sesuatu mendapan yang berada di dalam air | Kalu nak bancoh halua maskat, tepong yang hang basoh hang kena perenin dulu. | [kA.lu nA/ bAn.tSoh hA.lu.wA mAs.kAt t«.poN jAN hAN bA.soh hAN k«.nA p«.Ò«.nin du.lu] | Kalau hendak bancuh halwa maskat, tepung yang awak basuh perlu perenin dulu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung |
|
Puisi |
---|
|
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.
Lihat selanjutnya... |
|