Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kereko | [k«.re.ko] | kata adjektif | berkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; rempang. | Jangan dok peduli kat depa, depa tu kereko. | [dZA.NAn do/ p«.du.li kAt dE.pA d«.pA tu k«.re.ko] | Jangan pedulikan mereka kerana pemikiran mereka tidak sempurna. |
kereko | [k«.rE.ko] | kata adjektif | berkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; rempang. | Jangan dok peduli kat depa, depa tu kereko. | [dZA.NAn do/ p«.du.li kAt dE.pA d«.pA tu k«.rE.ko] | Jangan pedulikan mereka kerana pemikiran mereka tidak sempurna. |
selerah | [s«.lE.ÒAh] | kata kerja | selesai atau sempurna siap (tentang kerja). | Bila dah abeh selerah kreja hang kat situ, mai la sini tulong sepa pulak. | [bi.lA dAh A.beh s«.lE.ÒAh kÒ«.dZA hAN kAt si.tu mAj lA si.ni tu.loN sE.pA pu.lA/] | Bila sudah selesai kerja engkau di situ, marilah tolong kami pula di sini. |
pelet I | [pE.lEt] | kata kerja | bercakap dengan sebutan tidak sempurna. | Anak hang ni dah besaq pon cakap pelet lagi. | [A.nA/ hAN ni dAh b«.sA)Ö pon tSA.kAp pE.lEt lA.gi] | Anak kamu ini sudah besar pun masih bercakap tak terus lagi. |
melelong | [m«.lE.lN] | kata adjektif | berkenaan berjalan yang tidak sempurna tidak lurus, tidak tentu arah (berkenaan orang, kenderaan dan lain-lain). | Kereta tu melelong pasai taya dia pecah sebelah. | [k«.ÒE.tA tu m«.lE.lN pA.sAj tA.jA di.jA p«.tSAh s«.b«.lAh] | Kereta itu bergerak tidak tentu arah kerana tayarnya pecah sebelah. |
rempang | [Ò«m.pAN] | kata adjektif | berkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; kereko. | Dia kata apa pon kat hang tok sah dok kera, dia tu rempang siket. | [di.jA kA.tA A.pA pon kAt hAN to/ sAh do/ kE.ÒA di.jA tu Ò«m.pAN si.ket] | Walau apapun yang dikatakan kepada kamu, janganlah dipedulikan kerana dia itu gila-gila bahasa sedikit. |
leweh | [lE.wEh] | kata adjektif | berkenaan pakaian yang tidak begitu kemas, tak sempurna. | Dalam sari dua ni, aku kelih hang pakai leweh saja. | [dA.lAm sA.Òi du.wA ni A.ku k«.lih hAN pA.kAj lE.wEh sA.dZA] | Dalam sehari dua ini, aku lihat engkau berpakaian tidak kemas. |
kanyiaq | [kA.øi.jAâÖ] | kata adjektif | berkenaan fikiran yang belum matang, belum sempurna atau masih muda. | Budak-budak tu bukan reti lagi nak becakap pasai politik, umoq baru belaeh-belaeh taon, dok kanyiaq lagi. | [bu.dA/.bu.dA/ tu bu.kAn Ò«.ti lA.gi nA/ b«.tSA.kAp pA.sAj p.li.ti/ u.mâÖ bA.Òu b«.lAeh.b«.lAeh tAon do/ kA.øi.jAâÖ lA.gi] | Budak-budak itu belum mahir lagi bercakap tentang politik, umur baru belasan tahun, masih belum matang. |
| | | 2. membuat sesuatu dengan semberono. | Semua hak dia buat tak sempona pasai dia tu rojoh. | [s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ s«m.po.nA pA.sAj di.jA tu Ò.dZh] | Semua yang dikerjakannya tidak sempurna kerana dia membuat kerja itu dengan semberono. |
terentat | [t«.Ò«n.tAt] | kata adjektif | berkenaan tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain yang tidak boleh menjadi besar, berbantut, terganggu dan lain-lain. | Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja. | [p.k/ d«.Òi.jAn tu t«.Ò«n.tAt pA.sAj tA/ tSu.kop bA.gi bA.dZA] | Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup. |