Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
dajal | [dA.dZAl] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal. |
dajai | [dA.dZAj] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai. |
dapoq | [dA.pâÖ] | kata nama | 1. ukuran tradisional bagi keluasan tanah, iaitu satu jemba lebar dan satu jemba panjang, bersamaan dengan 19.2 meter (64 kaki) persegi (Catatan: satu relung bersamaan dengan 484 dapoq). | Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq. | [dE.pA dA.pAt hA.Ò«.tA p«.sA.kA s.ÒAN s«.Ò«.loN li.mA pu.loh dA.pâÖ] | Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang. |
anoq | [A.nâÖ] | kata nama | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek. | [dZA.NAn boh l«.beh pAdA ti.gA gun.di A.tAEh A.nâÖ tu kÒ«.bAw tA/ lA.ÒAt tA.Òe/] | Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya. |