Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
koye | [ko.j«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap. | | | |
kole kacang | [ko.le kA.tSAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong. | | | |
kue terap | [ku.we t«.ÄAp] | | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum dicetak dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; koye. | | | |
singgang belacan | [siN.gAN b«.lA.tSAn] | | sejenis masakan ikan yang direbus dengan campuran air asam jawa cair, sedikit belacan, bawang, halia, serai titik dan lada hijau. | | | |
tepong gomak | [t«.poN go.mA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau. | | | |
puteri salat | [pu.t«.Äi sA.lAt] | | sejenis kuih daripada pulut yang dikukus bersama santan dan dilapis di atasnya dengan sejenis seri kaya, khususnya seri kaya pandan berwarna hijau, seri muka. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
hijau-merengau | [hi.dZAw m«.Ò«.NAw] | kata adjektif | hijau yang terlalu terang (hijau tua). | Baju anak dara tu hijau merengau. | [bA.dZu A.nA/ dA.ÒA tu hi.dZAw m«.Ò«.NAw] | Baju anak gadis itu sangat hijau warnanya. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
ija pekok | [i.dZA p:«.k/] | | terlalu hijau. | Kala baju mung ija pekok. | [kA.lA bA.dZu muN i.dZA p:«.k/] | Warna baju kamu hijau pekat. |
solok lada | [s.l/ lA.d] | | sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu. | | | |
locong I | [l.tSN] | kata nama | sejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan) dicampur dengan santan dan air gula melaka, cendol. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
keladi Serawak | [k«.lA.di s«.ÄA.wA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor. | | | |
udang bodoh | [u.dAN bo.doh] | | udang yang terdapat pada musim angin barat laut, berkaki hijau dan badannya seperti udang kertas. Udang ini tidak boleh melenting seperti udang lain; udang barat. | | | |
udang barat | [u.dAN bA.ÄAt] | | udang yang terdapat pada musim angin barat laut, berkaki hijau dan badannya seperti udang kertas. Udang ini tidak boleh melenting seperti udang lain; udang bodoh. | | | |
sireh Cine | [si.Äeh tSi.n«] | | sejenis daun sirih yang lembut, bersaiz sederhana dan berwarna hijau muda. | | | |
keladi minyak | [k«.lA.di mi.øA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepah dan daunnya berwarna hijau kekuningan dan berkilat seolah-olah berminyak. Keladi ini paling sedap dimakan apabila direbus. | | | |
sireh Melayu | [si.Äeh m«.lA.ju] | | sejenis daun sirih yang keras, bersaiz besar dan berwarna hijau dan berurat kasar. Selain dimakan digunakan juga untuk membuat gubahan sirih junjung. | | | |
durian gantang | [du.Äi.jAn gAn.tAN] | | sejenis buah durian bersaiz besar, biasanya sebesar gantang dan berkulit hijau; durian gajah. | | | |
durian gajah | [du.Äi.jAn gA.dZAh] | | sejenis buah durian bersaiz besar, biasanya sebesar gantang dan berkulit hijau; durian gantang. | | | |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
simbang | [sim.bAN] | kata nama | sejenis terung yang kecil, berwarna hijau dan biasanya dibuat ulam. | | | |
terong belarai | [t«.ÄoN b«.lA.ÄAj] | | terung kecil, bulat, berwarna hijau, terung pipit. | | | |
belalang gambo | [b«.lA.lAN gAm.b] | | sejenis belalang sebesar ibu kaki, berwarna hijau dan makan ulat-ulat halus serta daun keladi. | | | |
kueh pena | [ku.weh p«.n«] | | sejenis kuih seperti dodol, berbentuk bintang tiga segi dan berwarna hijau. | | | |
kelambu rimau | [k«.lAm.bu Äi.mAw] | | sejenis pokok yang tumbuh meliar dalam semak samun dan hutan kecil, daunnya lebar berwarna hijau dan berbulu halus. Ia juga disebut pokok kapal terbang. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
hijau pang | [hi.dZAw pAN] | | terlalu hijau. | Reta baru dia rona hijau pang. | [ÒE.tA bA.Òu di.jA Ò.nA hi.dZAw pAN] | Kereta barunya berwarna terlalu hijau. |
| | | 5. melakukan sesuatu sesuka hati | Dia maen tutoh reta ikut dan, tak kira lampu hijau, lampu merah dia redah saja | [di.jA mAen tu.toh ÒE.tA i.kut dAn tA ki.ÒA lAm.pu hi.dZAw lAm.pu mE.ÒAh di.jA Ò«.dAh sA.dZA] | Dia membawa kereta sesuka hati, tidak kira lampu hijau, lampu merah dia rempuh saja. |
cabai muda | [tSA.bAj mu.dA] | | cili hijau. | | | |
kandasturi | [kAn.dAs.tu.Òi] | kata nama | kuih daripada kacang hijau yang dimasak, dikepal, dicelup tepung dan digoreng. | | | |
onde-onde | [on.dE.on.dE] | kata nama | 1. kuih daripada tepung pulut atau ubi keledek, intinya daripada kelapa atau kacang hijau dan bergula, bersalut bijan dan digoreng (kuih bom) | | | |
|
Puisi |
---|
|
Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti.
Lihat selanjutnya... |
|