Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
wayat | [wA.jAt] | kata nama | kelibat (bagi manusia atau haiwan), bayang (bagi barang-barang). | Tok sah kau carik lagi barang tu, wayat die pon aku dah lame tak nampak | [to/ sAh kAw tSA.Äi/ lA.gi bA.ÄAN tu wA.jAt di.j« pon A.ku dAh lA.m« tA/ nAm.pA/] | Tidak usah engkau cari lagi barang itu, bayangnya pun aku sudah lama tidak nampak. |
menimbus | [m«.nim.bus] | kata tugas | ada (bahasa kasar). | Kau tak carik betol-betol, menimbus dalam bilek tu baju kau. | [kAw tA/ tSA.Äi/ b«.tol.b«.tol m«.nim.bus dA.lAm bi.le/ tu bA.dZu kAw] | Engkau tak cari betul-betul, ada baju kau di dalam bilik itu. |
mengacak | [m«.NA.tSA/] | kata adjektif | berkenaan air yang berkocak sehingga mengeluarkan bunyi disebabkan pergerakan ikan di dalam air, riak ikan. | Kalau nak menjaring, carik le tempat yang mengacak. | [kA.lAw nA/ m«n.dZA.ÄiN tSA.Äi/ l« t«m.pAt jAN m«.NA.tSA/] | Kalau nak menjaring, carilah tempat yang mengacak |
loyah | [lo.jAh] | kata adjektif | berkenaan mulut manusia atau benda yang besar. | Nak senang isik ae, carik le tempayan mulut loyah. | [nA/ s«.nAN i.si/ Ae tSA.Äi/ l« t«m.pA.jAn mu.lut lo.jAh] | Nak senang isi air, carilah tempayan mulut besar. |
cakau kaes | [tSA.kAw kAes] | | melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. | Anak ramai, cakau kaes die carik makan. | [A.nA/ ÄA.mAj tSA.kAw kAes di.j« tSA.Äi/ mA.kAn] | Anak ramai, bersungguh-sungguh dia berusaha mencari rezeki. |
bekanjau | [b«.kAn.dZAw] | kata kerja | penat atau jemu. | Mane kau letak, bekanjau aku carik tak jumpe. | [mA.n« kAw l«.tA/ b«.kAn.dZAw A.ku tSA.Äi/ tA/ dZum.p«] | Di mana engkau letak, puas aku cari tidak jumpa. |
kayu anak | [kA.ju A.nA/] | | kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket. | [eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket] | Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit. |
lopak-lopak | [lo.pA/.lo.pA/] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan. | Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude. | [nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«] | Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda. |
menatong | [m«.nA.toN] | kata kerja | berpindah-randah ke sana-sini, misalnya untuk mencari kerja. | Nak nanggong anak bini, tepakse le menatong sane sini, carik keje. | [nA/ nAN.goN A.nA/ bi.ni t«.pA/.s« l« m«.nA.toN sA.n« si.ni tSA.Äi/ k«.dZ«] | Hendak menyara anak isteri, terpaksalah berpindah ke sana sini mencari kerja. |
menagan | [m«.nA.gAn] | kata kerja | memasang jaring di laut dan membiarkannya dalam jangka masa yang panjang. | Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah menagan kat laot carik rezeki. | : [pA.gi.pA.gi lA.gi pA/ k«.s«p dAh m«.nA.gAn kAt lAot tSA.Äi/ Ä«.z«.ki] | Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah memasang jaring di laut mencari rezeki. |