SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera Penulis : James T. Collins Tahun Terbit : 1995 Halaman : 201 Abstrak : Bibliografi ini membincangkan tulisan tentang dialek-dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Pulau Sumatera. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Pulau Sumatera. Di dalam bibliografi ini terdapat daftar kata, esei linguistik
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah Penulis : Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu ayat, tujuan dan ruang lingkup nahu wacana, dan |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab ini merupakan kitab yang terkenal di Kalimantan sebagai sebuah kitab perubatan yang penting dalam masyarakat Melayu sebelum kemunculan perubatan moden. Dalam proses penyediaan bahan-bahan dan kaedah rawatan, aspek pemilihan kata khusus dibincangkan. Pemilihan kata yang khusus inilah yang diketengahkan kerana sesuatu
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Bibliografi Dialek Melayu di Indonesia Timur Penulis : James T. Collins Tahun Terbit : 1996 Halaman : 103 Abstrak : Bibliografi Dialek Melayu di Indonesia Timur ini membincangkan tulisan tentang dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Indonesia Timur. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Indonesia Timur. Kajian menunjukkan terdapat lapan dialek yang utama iaitu dialek |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Omar Tahun terbit : 1995 Halaman : 273 Abstrak : Buku Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah memberikan gambaran tentang pertumbuhan beberapa aspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah berasaskan tiga kaedah utama iaitu kaedah sistemik, kaedah analisis komponen makna dan kaedah konteks. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran kesejarahan tentang bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dikaji memandangkan karya itu ditulis pada zaman dahulu dan dapat dilihat pertumbuhan bahasa melalui perubahan zaman. Dapatan kajian ini memberikan penjelasan tentang penggunaan butiran-butiran
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Penulis : Sanat M. Nasir Tahun terbit : 2002 Halaman : 553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang lain, iaitu penonjolan seperti struktur tema dan struktur maklumat tidak akan disentuh. Dalam kajian ini, tautan dilihat sebagai salah satu komponen pembentuk wacana dalam sistem linguistik yang menghubungkan unit teks |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian apabila mengkaji susur galur sejarah bahasa Melayu. Persoalan yang diutarakan berkait dengan ruang lingkup, kaedah, cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Pandangan
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian Penulis : NorAzuwan Yaakob Tahun terbit : 2008 Halaman : 486 Abstrak : Kajian ini dari segi makronya bertujuan mengkaji bidang komunikasi yang berteraskan pendekatan linguistik dan dari segi mikronya merupakan kajian dalam bidang retorik. Bidang kewartawanan dipilih sebagai fokus kajian untuk memerikan perkembangan retorik penulisan kewartawanan sebagai media komunikasi massa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Akhbar yang dipilih sebagai sumber data kajian ialah Berita Harian, sejak mula diterbitkan pada bulan Julai 1957 hingga tahun 1999. Kajian retorik penulisan kewartawanan Melayu dilaksanakan dengan berasaskan model yang diubah suai |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Penyebaran Bahasa Melayu Penulis : Asmah Haji Omar Tahun Terbit : 2005 Halaman : 89 Abstrak : Buku ini memaparkan tentang penyebaran bahasa Melayu di dalam dan di luar alam Melayu, melalui pendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak hidup secara terpisah. Mereka memerlukan satu sama lain oleh ahli-ahli masyarakat disalurkan melalui percakapan, yakni bahasa lisan, dan juga melalui tulisan. Melalui kajian ini tumpuan diberikan kepada peranan penuturnya dari segi gerak fizikal serta sistem dan sosial yang mereka anggotai. Kajian ini menggabungkan cabang geolinguistik dan linguistik bandingan sejarawi yang dilihat dari aspek semasa (sinkronik) dan merentas masa (diakronik). Kajian ini juga menggunakan konsep tadahan penyebaran bahasa sebagai
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Dialek Melayu Sarawak Penulis : James T. Collins Tahun terbit : 1987 Halaman : 100 Abstrak : Buku ini memaparkan kajian tentang sejarah bahasa Melayu di Sarawak. Kajian yang dilakukan meliputi kampung-kampung Melayu yang terdapat di Bahagian Pertama di sepanjang lembangan Sungai Sarawak. Sejak dahulu diketahui bahawa di sepanjang pantai utara pulau Borneo terdapat sekurang-kurangnya dua dialek Melayu iaitu Dialek Sarawak dan dialek |
Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
Amir PENGENALAN Pada tahun 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan satu kajian berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu (BM) di sembilan kompleks beli-belah utama di Malaysia. Kompleks yang terpilih ialah Kompleks Ipoh Parade (Ipoh), Plaza Angsana (Johor Bahru), Star Parade (Seremban), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur), Berjaya Megamall (Kuantan), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan bayi dan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu
|
Microsoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIAN
1 LAPORAN RINGKAS KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA PENYIARAN 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Projek Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Penyiaran yang dimulakan pada bulan Februari 2009 merupakan antara kajian yang sedang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Kajian ini mengambil kira bahawa media elektronik merupakan media |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang. |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka?
Lihat selanjutnya... |
|