SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU dari segi makronya bertujuan mengkaji bidang komunikasi yang berteraskan pendekatan linguistik dan dari segi mikronya merupakan kajian dalam bidang retorik. Bidang kewartawanan dipilih sebagai fokus kajian untuk memerikan perkembangan retorik penulisan kewartawanan sebagai media komunikasi massa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Akhbar yang dipilih sebagai sumber data kajian ialah Berita Harian, sejak mula diterbitkan pada bulan Julai 1957 hingga tahun 1999. Kajian retorik penulisan kewartawanan Melayu dilaksanakan dengan berasaskan model yang diubah suai daripada Model Bell (1991) dan model yang dirangka oleh pengkaji sendiri. Model itu mengenal pasti tiga aras keberkesanan retorik dalam penulisan
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Penulis : Hashim Musa Tahun terbit : 2003 Halaman : 470 Abstrak : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu paleografi dan juga epigrafi. Buku ini juga membincangkan kajian tentang bahasa-bahasa daerah yang lain seperti Rejang, Lampung, Batak, Kerinci, lembak, Pasemah, Serawai, Makassar-Bugis dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan sastera dan persuratan Melayu. Melalui kajian ini kita dapat melihat dengan jelas kedudukan dan taraf bahasa Melayu serta perubahan tahap pensisteman sebelum mahupun selepas kuasa Barat bertapak di Kepulauan Melayu |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU ukiran-ukiran kayu, batu nisan dan banyak lagi. Tulisan jawi juga telah mengalami evolusi dari segi ejaan dan hurufnya sesuai dengan perkembangan semasa. Tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam penulisan hikayat, buku undang-undang, pekeliling kerajaan dan pelbagai lagi. Daripada kajian yang dibuat jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi telah mengambil peranan yang penting serta memberi sumbangan yang besar kepada kebudayaan
|
|
|