Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
BAHASA MELAYU DI TEMPAT AWAM: SATU KAJIAN Zaharani Ahmad, Mustaffa Omar, Wan Patanah Wan Yussoff, Aminah Awang Basar Shariffulizan Malek, Siti Suhana Mohd Amir PENGENALAN Pada tahun 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan satu kajian berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu (BM) di sembilan kompleks beli-belah utama di Malaysia. Kompleks yang terpilih ialah Kompleks Ipoh Parade (Ipoh), Plaza Angsana (Johor Bahru), Star Parade (Seremban), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur), Berjaya Megamall (Kuantan), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan
|
Microsoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIAN
1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Projek Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Penyiaran yang dimulakan pada bulan Februari 2009 merupakan antara kajian yang sedang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Kajian ini mengambil kira bahawa media elektronik merupakan media yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Malaysia, yang boleh membentuk dan menentukan arah budaya linguistik bahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 73 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|