Menganyam Kedukaan Hidup Sarawak! Merdeka Sarawak!” Rosli melaung dengan kuat dan suaranya bersipongang ke seluruh kawasan penjara di tengah-tengah kesunyian dinihari yang amat sejuk itu. “Haip!” Seorang warder penjara berketurunan Benggali berserban besar di kepalanya menyergah. Hai, esok mau mati mau bising lagijuga. Apa mi Melayu?” Rosli merenung tajam ke arah warder Benggali itu walaupun hanya lembaga dan bentuk serbannya yang nampak. Bagai hendak diterkamnya Benggali yang menjadi abdi Inggeris itu. Seketikakemudian, kerana tidak diberi tindak balas oleh Rosli dan Morshidi, Benggali berserban seperti bola ragbi itu benlalu meninggalkan mereka. Adajuga aku dengar berita yang lain. Morshidi tiba- tiba berasa masihada sesuatu yang patut dibenitahu padaRosli. Berita apa?” Rosli timbul berminat kembali. “Anthony
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berserban |
|
|