PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cell | | | Unit organisma hidup yang paling kecil yang dapat berfungsi. Unit ini terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Contohnya, bakteria terdiri daripada satu sel manakala manusia terdiri daripada 10(14) sel. Setiap satu sel bersaiz 10 mikrometer dan berjisim 1 nanogram. |
nanobiotechnology | | | Teknologi yang berasaskan unit struktur asas biologi seperti lipid, protein dan DNA. Unit ini dapat mengalami swapasang kepada struktur dan peranti yang dapat digunakan dalam bidang nanoteknologi. |
atomic packing factor (APF) | | | Faktor bahagian isi padu dalam struktur hablur yang menempati atom kandungannya. Suatu kuantiti tanpa unit (dimensi) yang kurang daripada 1. dengan Natom = bilangan atom, Vatom = Isi padu atom dan unit Vsel = isi padu sel unit, r = jejari sfera dan a = panjang kubus. |
femtometer | | | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
nucleotide structure | | | Struktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat. |
nucleotide | | | Molekul asas yang apabila disambung, dapat membentuk unit struktur RNA dan DNA. Molekul ini memainkan peranan penting dalam metabolisme kerana bertindak sebagai sumber tenaga kimia. |
bandwidth | | | Ukuran ruang dalam spektrum tenaga diukur dalam unit Hertz (Hz). |
bottom-up nanofabrication | | | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
glycosaminoglycan (GAG) | | | Polisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |