PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
artificial bone | | | Bahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur. |
biostructure | | | Struktur biologi, seperti dinding sel dan tulang buatan yang sifatnya berubah dalam skala nanometer. |
ligament | | | Tisu berserat yang menghubungkan atau menutup permukaan tulang. Tisu ini terdiri daripada serabut kolagen yang tinggi kepekatannya. Nanoteknologi dapat diterapkan bagi menggantikan ligamen yang rosak dengan menggunakan campuran serabut polister, biobahan dan nanohablur kalsium. |
tissue engineering | | | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
nanoscale biostructure | | | Bidang ilmu yang mengkaji struktur yang direka bentuk pada skala nano yang dapat mengajuk, memberikan kesan kepada proses biologi atau berinteraksi dengan entiti biologi. Contohnya, susunan nanostruktur tulang buatan. |
secondary structure | | | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tulang-tulang |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.
Lihat selanjutnya... |
|