PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
catalyst | | | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
double decomposition | | | Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan. |
Kharasch addition reaction | | | Proses tindak balas kimia yang melibatkan pencampuran tetraklorometana dengan pelopor polimer metil metakrilat. Tindak balas ini dibantu oleh bahan pemangkin dendrimer yang terdiri daripada sebatian aromatik yang mengandungi nikel (Ni). |
Arrhenius process | | | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |
cracking reaction | | | Proses pemecahan kompleks organik molekul yang besar kepada molekul kecil dengan memutuskan ikatan karbon. Proses ini dapat dijalankan secara tindak balas terma atau dengan menggunakan pemangkin nanozarah. |
hard-sphere repulsion | | | Keadaan tolakan antara molekul dalam tindak balas pelanggaran fasa gas biomolekul, dalam teori pelanggaran sfera keras. Tolakan sfera keras biasanya digunakan sebagai model untuk memahami tindak balas nanozarah koloid. |
zeolite catalysis | | | Proses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia. |
atomic force | | | Daya tindak balas antara atom termasuk daya tarikan atau tolakan yang bertindak antara atom dan juga atom-atom yang berdekatan. |
plasmonic characterization | | | Pencirian daripada tindak balas frekuensi optik ayunan medan elektromagnet dengan elektron bebas yang terdapat pada logam, menjadikannya bersifat seperti plasma. |
photosensitivity | | | Proses punaran sesuatu sampel melalui tindak balas fizikal (pemindahan momentum). |