PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
haploid | | | Kumpulan kromosom yang terdapat dalam gen manusia atau haiwan. Dalam genom manusia, terdapat dua haploid yang masing-masing mengandungi 23 kromosom. |
natural nanoscale sensor | | | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
alanine | | | Asid amino berhablur dengan formula kimianya, C3H7NO2. Alanina merupakan salah satu komponen dalam pembentukan nanowayar berganda DNA. Terdapat dua jenis alanina, iaitu ?-alanina dan ?-alanina. ?-alanina merupakan juzuk kebanyakan protein, terutamanya protein haiwan. ?-alanina tidak terdapat dalam protein, tetapi wujud secara tabii dalam dua peptida, iaitu karnosina dan ansarina yang terdapat dalam otot mamalia. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
smectite | | | Bahan galian yang terdapat pada tanah liat berstruktur dioktahedron (montmorilonit) dan trioktahedron (saponit), mempunyai kepelbagaian bahan kimia yang dicirikan oleh sifat bengkak dan mempunyai keupayaan tukar ganti kation tinggi. |
layer structure | | | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |
ribosome | | | Kompleks RNA dan protein yang terdapat dalam semua sel hidup. Ribosom mempunyai diameter 20 nm, mengandungi 65% ribosom RNA dan 35% ribosom protein. Ribosom berfungsi mengungkapkan kod genetik daripada asid nukleik ke dalam protein melalui proses translasi. |
cholesterol | | | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
glutamate | | | Garam atau ester daripada asid glutamik, yang terdapat dalam jumlah yang banyak sebagai pemancar neuro dalam sistem saraf mamalia. Garam ini biasanya mempunyai berat molekul 147.13 gmol-1 dan bersaiz 0.70 nm. |
Frenkel exciton | | | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |